Musim ke-2 (2009) Double,_Triple_or_Nothing

Musim kedua kini disertai oleh tiga pasangan setiap episod.

Pusingan pertama

Pusingan ini serupa dengan pusingan pertama musim lalu. Setiap jawapan betul memberikan 200 mata.

Pusingan ke-2

Para peserta diuji ketajaman daya pemerhatian mereka dengan mencari jawapan bagi setiap soalan dalam gambar skrin. Setiap jawapan betul memberikan 200 mata.

Pusingan ke-3

Para peserta memakai kostum dan mengambil giliran bermain permainan "kalkulator manusia". Seorang memberi arahan kepada rakannya untuk memijak tampalan berupa atas lantai, kemudian rakan itu menyebut jawapannya untuk memperoleh 200 markah. Pasangan yang paling rendah jumlah markahnya selepas ketiga-tiga pusingan awal disingkirkan.

Pusingan ke-4

Dua pasangan merujuk pada nombor yang dipaparkan di skrin lalu menyusun kepingan angka dan simbol untuk membentuk persamaan di papan yang disediakan agar berpadanan dengan nombor di skrin. Pasangan yang lebih banyak persamaan betul akan layak ke pusingan akhir.

Pusingan terakhir

Pusingan ini menguji daya ingatan peserta dengan memerhati susunan nombor dengan teliti sebelum disorokkan, selepas itu diajukan soalan yang harus dijawab oleh peserta dengan mengenal pasti kedudukannya dalam susunan tersebut. Peserta akan membawa pulang wang tunai yang bersamaan dengan mata yang dikumpul sepanjang permainan didarab dengan berapa soalan yang dijawab dengan tepat.